Untuk maklumat lanjut, layarilah:  http://www.healwell.com.my/home.htm

GAMOGEN
PILIHAN BIJAK UNTUK KESIHATAN ANDA SEKELUARGA
KUASA PENYEMBUHAN DAN REJUVENASI


Selepas 15 tahun kajian, saintis kami telah berjaya menemui keberkesanan gamodulin satu bahan yang ditulenkan secara saintifik daripada gamat. Mengandungi lebih daripada 50 jenis nutrien seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium, fosfat, zat besi, iodine, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoic, kondroitin sulfat dan mukopolisakarida.

Rahsia Gamogen bukanlah terletak pada cara ianya diformulasikan tetapi kaedah gamodulin dicampurkan dengan Omega-3, Omega-6, vitamin E, vitamin B-kompleks, chlorella dan beta-karotena yang lengkap seperti yang disyorkan oleh American Academy of Antiaging. Setelah 2 tahun kajian dan sebanyak 1000 eksperimen dijalankan, kami percaya Gamogen adalah makanan suplimen yang paling unggul buat masa ini. Kami ingin anda mencuba Gamogen (2 sudu pagi dan malam). Anda dapat melihat keberkesanannya dalam masa 2 bulan *.

*kadar perubahan adalah berbeza mengikut individu.


GAMAT – KHAZANAH SEMULAJADI UNTUK REJUVENASI

Sudah menjadi lumrah badan kita mempunyai keupayaan yang terhad untuk menyembuhkan diri. Apabila usia semakin lanjut, ia akan mempengaruhi pertumbuhan sel-sel baru dan memelihara kandungan zat-zat penting dalam badan. Ini bermakna badan kita menjadi lebih cepat tua dari yang sepatutnya dan ia semestinya sesuatu yang amat merisaukan kita semua. Justru penyakit diabetes, darah tinggi, radang sendi dan kelesuan merupakan yang paling kerap menyerang apabila seseorang mencecah usia 40 tahun ke atas.

Kajian yang dijalankan secara usahasama dengan beberapa buah universiti di Tokyo dan Kyushu, Jepun dengan Syarikat Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd  telah berjaya menemui keajaiban yang terkandung dalam gamat. Kajian ini telah mendapati terdapat satu bahan yang berjaya ditulenkan,  mempunyai ciri-ciri yang mampu membangkitkan pembaharuan sel-sel tubuh, justru kunci kepada penyembuhan secara semulajadi.

Satu bahan yang dinamakan Gamodulin, merupakan sejenis kompleks polipeptida yang merangsang pembaharuan sel termasuk sel-sel kulit dan memodulasikan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan kuman, virus dan sel-sel kanser. Ia memainkan peranan penting dalam merangsang kadar metabolisme badan dan mengandungi 50 jenis zat-zat yang diperlukan untuk kesihatan dan kekuatan badan.

Dengan merangsang keupayaan sel-sel badan untuk merejuvenasi, ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan badan secara semulajadi. Ini secara tidak langsung  mengembalikan fungsi-fungsi sel yang sudah rosak samada akibat daripada kecederaan, penyakit atau proses penuaan badan.

Kajian ini juga pernah memenangi anugerah saintifik, di peringkat Nasional dan juga Antarabangsa. Kini dengan kemunculan produk-produk Healin kami dikurnia peluang untuk membantu ramai individu-individu yang memerlukannya.

Akhir kata, kami mempunyai produk yang dijangka benar-benar berupaya membantu seseorang untuk melalui perjalanan hidup dengan cukup bermakna.