LAYAR PERAK

Arkib Layar Perak:
The Sorcerer's Apprentice


Sinopsis:
Hai bertemu kita kembali dlm layar perak sinar, saya Jamal Jamaluddin kali ini nak berkongsi komen saya mengenai filem aksi berunsurkan fantasi iaitu "The Sorcerer's Apprentice" arahan Jon Turtlehaub. Balthazar, seorang ahli sihir lakonan Nicholas Cage telah menyimpan roh milik 2 ahli sihir jahat iaitu Morgana lakonan Alice Kriege dan Horvath lakonan Alfred Molina didalam satu balang khas berkurun2 lamanya. Selepas kematian Merlin gurunya, Balthazar diberi tugas mencari Prime Merlinean satu2nya insan yg boleh menumpaskan Morgana. Balthazar menemui insan tersebut Dave di bandaraya New York pertama kali ketika Dave berusia 9 tahun secara kebetulan. Selepas terpisah selama 10 tahun, Balthazar dan Dave lakonan Jay Baruchel bertemu kembali dan bersatu menentang Morgana dan Horvath yg kini sudah terlepas keluar drpd balang utk merancang memusnahkan dunia.

Drpd 5 lambang popcorn sbg terbaik, saya beri 3 popcorn. Dengan jalan cerita yg sudah biasa ditonton melibatkan perang antara kuasa baik dan jahat, filem ini tidak membuatkan saya rasa teruja sangat. Malah saya rasa geram dgn watak remaja Dave yg tidak mendengar kata dan kurang bijak dalam tindakannya. Namun kesaan khas filem ini memang mengkagumkan, terutama yg melibatkan naga dalam satu perarakan danaspek inilah yg membuatkan filem ini tidak begitu membosankan. Lakonan semua biasa saja tapi tidak menghampakan.Pendek kata, filem ini tahap biasa saja.
UTk adegan kesilapan yg tidak disengajakan, ia terdapat dalam adegan permulaan dimana bandaraya New York dipaparkan dan penonton diberitahu cerita bermula tahun 2000. Tapi menara kembar World Trade Center tidak pulak kelihatan dilokasinya. Menara berkembar tersebut musnah dalam serangan pengganas pada tahun 2001.

Sekian saja layar perak sinar....jumpa anda dipawagam!


Pelakon:
Nicolas Cage, Jay Baruchel, Alfred Molina, Teresa Palmer, Toby Kebbell, Monica Bellucci, Omar Benson Miller

Video Trailer
Pandangan Anda
Hantar pandangan anda tentang filem ini!
Maaf, tiada pandangan pembaca tentang wayang ini pada masa sekarang

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB