Hai bertemu kita kembali dalam ruangan Layar Perak Sinar , saya Jamal Jamaluddin nak komen mengenai filem seram penuh aksi ganas dan cemas iaitu "A Nightmare on Elm Street" arahan Samuel Bayer yg dibuat semula drpd versi asalnya terbitan 1984 dgn tajuk yg sama. Sekumpulan remaja drpd sebuah pekan kecil di Illinois hidup dalam ketakutan kerana setiap kali Freddy Kruger seorang lelaki bertopi dan memakai sarung tangan dgn pisau muncul dalam mimpi mereka, satu kematian ngeri pasti terjadi. 2 remaja Nancy dan Quentin berazam utk mengetahui asal usul Fred Kruger selepas ibu bapa mereka enggan berkongsi cerita dan untuk tujuan tersebut , mereka berdua mesti menahan diri drpd terlena.
Drpd 5 lambang popcorn sbg terbaik, saya beri 3 popcorn. Anda yg pernah menonton filem asalnya yg diarah Wes Craven pasti kecewa seperti saya. Bagi saya filem asalnya dah cukup menarik dan bernilai klasik. Pengarah filem seolah2 tak cuba bersungguh2 untuk memikat penonton dgn jalan cerita dan watak2 yg menyentuh perasaan. Taktik sipengarah, ambil saja para pelakon muda2 utk dimatikan segera dan gunakan bunyi yg kuat dan mengejutkan utk menyeramkan penonton. Penonton yg belum pernah tonton filem asal mungkin tak sekecewa saya. Pendek kata, filem ini gagal mempesonakan saya dan hanya kehadiran pelakon2 baru dan gaya baru si Freddy Kruger yg membuat saya tidak bosan. Oh ya pengarah asal Wes Craven membantah usaha utk menghasilkan filem ini.
Utk adegan kesilapan yg tidak disengajakan dapat dikesan dalam adegan dimana Kris dan ibunya seorang pramugari bersedia utk ke London, mengucap selamat tinggal didepan pintu rumah mereka. Anda boleh lihat mikrofon boom diatas mereka.
Sekian saja layar perak sinar.Jumpa anda di pawagam!