Catatanku




 

Nama saya: Habsah Omar

 

Umur dalam tempoh 10 tahun dari sekarang: golden girl, bukan desperate housewife yek...hehehe

 

Kaset pertama dimiliki dengan duit sendiri: Salimah Mahmood

 

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya : sambal tumis telur

 

Lokasi pelancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa : Pulau Sipadan..padan dengan muka!...sampai laa cheq tak pi-pi lagi...sebenornya ketidaksampaianku disebabkan dek faktor masa yang tak mengizinkan

 

Warna kegemaran/kenapa : Pastel..lembut & feminin

Filem yang buat saya ketawa : Madu Tiga, 3 Abdul, Adik Manja, Mekanik

 

Saya jadi seorang yang sensitif bila : menonton/membaca kisah-kisah kekejaman, penderaan dan penganiayaan

 

Saya akan ke masjid India untuk : temankan rombongan cik kiah beli songkok dan kain ela dan kain langsir.

 

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB, saya : akan 'ilmu'kan pemimpin-pemimpin dunia dan sekutu-sekutu mereka yang suka berperang dengan cara pukau, supaya depa ikut perintah saya yakni HENTIKAN PEPERANGAN DI GAZA dan kembalikan keamanan dunia.

 

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran makan dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia, saya namakan resepi itu Pop Pya (poppiah)...hehehe

 

Jika saya terserempak dengan hantu : amik gambar, say cheeesseee! hilang akal nak amik gambar! apa lagi...baca ler apa-apa yang patut sebelum bukak langkah seribu...cabuuuuuut!!!

 

Idola saya ialah Rasulullah SAW

 

Erti persahabatan pada diri saya adalah : berlandaskan keikhlasan...jujur dalam memberi pendapat/pandangan dgn kejernihan hati, tiada istilah terpaksa..terpaksa setuju, terpaksa sokong, terpaksa beri dll....

 

Rumahku Syurgaku bermakna...rumah yg dihiasi dgn dekorasi perabot 'kasih', laman 'sayang', dapur 'harmoni', kamar 'rindu' dan lanskap 'nyaman' beserta ambience 'iman'

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB