paintball@sinar.fm


AKTIVITI TERKINI GALERI FOTO VIDEO PAINTBALL AGENDA AKAN DATANG

 

SINAR FM dengan bangganya melibatkan diri di dalam aktiviti sukan Paintball yang menyenaraikan beberapa pasukan yang terbentuk berdasarkan pendaftaraan penyertaan di laman web sinar.fm. Aktiviti sihat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan satu acara yuang dikenali sebagai Police Sentry telah diadakan dan akan terus diadakan pada bila-bila masa.

 

Demi untuk mempersiapkan diri kami dengan cabaran yang bakal datang April ni, kami dengan giatnya menjalani sesi latihan setiap Ahad di MAPAAC di Padang Astaka, Petaling Jaya. Banyak lagi yang kami perlu baiki untuk memberikan gigitan yang lebih mendalam kepada pasukan-pasukan lain di Divisyen 2 yang nyata amat hebat, lincah & berpelangaman. Bagi anda yang tidak pernah berpeluang untuk mencuba sukan lasak ini, apa kata jika anda sertai kami dalam sesi latihan kami. Ni khas untuk anda, pendengar SINAR FM. Setelah berbincang dengan pihak MAPAAC, MAPAAC akan berikan pakej khas untuk anda. Anda hanya perlu membayar RM60 dan anda akan dibekalkan dengan kelengkapan paintball seperti facemask dan marker dan juga pallet sebanyak 500!!! Memang tak dapat tawaran seumpama ini di tempat lain. Untuk sertai, anda hanya perlu hantarkan e-mail dengan butir-butir peribadi lengkap ke jaja@sinar.fm, dan nantikan panggilan dari kami. Biasanya kami akan berlatih pada setiap Ahad jadi, luangkan hari Ahad anda dengan bersama kami. Kita main paintball! OK GO!!! GAME ON!!!

 

Maaf, tiada video pada masa ini!

ANDA INGIN MENYERTAI Liga Paintball Kebangsaan Pusingan Ke-2?

Pada 10 & 11 haribulan April nanti, Liga Paintball Kebangsaan Pusingan ke-2 akan berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka. Jika sebelum ni anda hanya berkata "Eleh! Senang je main paintball ni! Tak melawan lah!" atau ini "Bestnye main paintball. Nak join lah. Tapi macam mana ye?!", AH-HAH!!! Inilah peluang anda! bersempena dengan NPL (National Paintball League aka Liga Paintball Kebangsaan) Round 2 ni, anda berpeluang untuk menyertai NPL di Divisyen 4. Apa yang anda perlu buat ialah hantarkan email ke jaja@sinar.fm atau zaki_adnan@ampadvantage.com.my. Di dalam e-mail anda tu nyatakan butir-butir diri seperti nama, alamat, nombor hp dan sebagainya dengan lengkap dan juga nyatakan pengalaman paintball anda (jika ada) dan sebab-sebab anda ingin menyertai NPL Round 2 ini. Masih ada masa lagi untuk berlatih sebab NPL Round 2 ni bulan April nanti. Hehehe...

 

Tapi ingat, penyertaan haruslah tiba di inbox kami sebelum 1 haribulan April 2010. Tunggu apa lagi tu? GAME ON!!!

 

 

Dari kiri: Shac, Shah, Bam, Eman, Jaja, Kecik

 

 

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB