EJEN SINAR

Apa yang sedang difikirkan tu? Ada soalan untuk ditanyakan kepada kami ke? Ataupun ada komen, cadangan dan apa-apa je lah. Ajukan kepada kami dan dapatkan jawapan di sini!

Soalan daripada shukran hj salleh:

soalan...
macam mana nak daptkan stiker kete sinar fm???

Diajukan pada: 31-Aug-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Senang je.. Caranya..

Langkah 1: Dengarkan SINAR FM.
Langkah 2: Nantikan lintasan kami.
Langkah 3: Datang terus ke lintasan kami.
Langkah 4: Dapatkan pelekat kereta anda daripada kami.

Soalan daripada Haidzir Sham Hj Masngat:

cadangan - pelbagaikan lokasi lintasan cth di kawasan luar bandar (banting) dll. Orang luar bandar pun dengar sinarfm juga. Adakan aktiviti sehari bersama peminat dan mungkin kita boleh buat aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bersama-sama seperti lawatan ke rumah anak yatim, gotong-royong, hospital, rumah orang tua, rumah Pengasih dan rumah kebajikan pesakit HIV/AIDS. Nak luar biasa lagi bolehlah kita buat aktiviti sukan rakyat seperti konda-kondi, batu seremban, tuju tin, galah panjang dll. Buat kejutan ke rumah peminat2 seperti berbuka puasa di rumah peminat atau beraya dirumah peminat. Nak raya ni bolehlah cari sponsor untuk bagi peminat kuih raya. Adakan Ayuh! kita balik kampung bersama ejen sinarfm.
Komen - Ejen sinarfm memang gempak dan ceria. mesra bersama peminat teruskan sikap anda semua. Anda memang lain dari yang lain. teruskan kecemerlangan anda. tahniah. terima kasih.

Diajukan pada: 11-Sep-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Terima kasih di atas cadangan-cadangan yang diberikan! Idea yang amat bernas, jitu dan bermakna. Terima kasih.

Sebenarnya, kami mencari-cari tempat-tempat lain yang sesuai untuk kami buat lintasan. Memang teringin sangat kami berlegar-legar lebih jauh lagi. Tapi kalau pegi jauh-jauh & tak tau lokasi yang sebenarnya, agak "risky" sebab kami kena buat lintasan setiap 2 jam. Takpe, apa yang kami perlukan ialah lokasi dengan terperinci dan kami akan selitkan lokasi tersebut di dalam jadual lokasi kami. Jadi, cadangan lokasi-lokasi anda amat kami alu-alukan..

Soalan daripada mat sinar:

mcm mana wa nak join sinar x? maksud wa tak jd paintball player pun tak apalah kasi la wa jd pembancuh minuman pun dah kira ok lah. hahaha

Diajukan pada: 13-Oct-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Nak join SINAR X? Senang je... Kene jadi Ejen SINAR dulu. Pastu kita citer aa mcmne. Hantarkan resume dulu ape2 pun..

Soalan daripada Buhari Laiman:

pada 19hb october 2008
berlangsung perkahwinan anak sulung kakak saya di kg rinching hilir bangi...
kami sekeluarga ada lah peminat setia sinar ..
kami inging menjemput ejen sinar datang kerumah kami pada hari tersebut...
ada kah kesudian nyer

Diajukan pada: 15-Oct-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Maaf la sgt2 sbb waktu tu Ejen takde lintasan.. Isnin sampai Sabtu je. Hari Ahad kitorang tak kuar, dok kat umah simpan tenaga untuk keje minggu depannye nanti.

Tapi kalo ade lokasi lintasan yang best2, kongsi la dengan kami! Terima kasih kami ucapkan...

Soalan daripada nurul atikah:

boleh x saye nak dengar lagu bila cinta didusta, akulah kekasihmu, cinta kain putih dan mahligai dari air matamu esok pade pukul 3 ptg??? terima kasih ek

Diajukan pada: 24-Oct-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Uik? Request lagu la pulak... Akak, dah tersalah ruangan dah ni. Kalo akak request utk kitorang buat lintasan, rasenye takde masalah kot... Tapi takpe, kali ni untuk akak, saya try cakap dengan PM kitorang. Tapi tak janji tau kak... Anyway, terima kasih banyak-banyak sebab sudi bukak laman web kitorang & sudi tulis kat interaktif ni. Thanks kak!

Soalan daripada nur serena wee@rena:

mcm mana saya nak join sinar fm ekk??
sy nak stiker fm!!penat penat sy masuk web ni tau
bila nak dtg lintasan sy nih...ala dkt je setiawangsa je..
tp umah jauh sikit...kat ampang....
kekkekeke

Diajukan pada: 5-Nov-2008

Jawapan Ejen Sinar:

Senang je Serena. Taip ON EJEN pastu hantarkan ke 32660. Pastu, Serena akan dapat lokasi Ejen dengan lebih awal. Dengan ini, senang la nak kejar. Betul tak?

Hantarkan Soalan/Komen/Cadangan Anda kepada kami:

Nama:
E-mel:
Soalan/
Cadangan/
Komen Anda:
 

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB