KEMUSYKILAN AGAMA

Sinar FM membawa kepada anda kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam ruangan Kemusykilan Agama di laman web Sinar FM.
Jika anda mempunyai apa-apa permasalahan berkaitan soal-jawab agama atau isu-isu semasa, hantarkan soalan-soalan anda untuk dijawab oleh panel yang berwibawa.
Soalan |
| assalammualaikum...sy nak tanya, bolehke isteri membuat tindakan mahkamah terhadap suami yg telah berkhawin lain sedangkan si isteri tak tahu/tidak meminta izin dan suami sebenarnya tidak berkemampuan berpoligami, tanggungjawab terhadap ister&anak abaikan. |
Jawapan |
| Wa'alaikumussalam. Seseorang isteri boleh membuat aduan ke Mahkamah Syariah apabila suaminya berpoligami sedangkan dia tidak tahu perbuatan tersebut. Aduan ini untuk membolehkan pihak mahkamah mendapat kepastian sama ada perkahwinan poligami itu mendapat kebenaran mahkamah atau sebaliknya. Untuk makluman, dewasa ini banyak perkahwinan yang tidak melalui prosedur yang betul dari sudut syarak sehinggakan mahkamah terpaksa memisahkan pasangan suami isteri. Ini selalu kita ketahui melalui perkahwinan sendiket. |
Soalan |
| Assalamualaikum. Saya ada seorang sahabat yang bekerja di Tempat A. Rumahnya di tempat B. Setiap Hari dia memandu dari rumah ke tempat kerjanya sejauh 60km. Oleh kerana kerjanya memerlukan dia bergerak sepanjang masa, contohnya pada waktu pagi dia berada di tempat A, tempat kerjanya yg tetap, pada tengahari dia berada di tempat C yang mungkin 100km dari tempat A, pada waktu Asar pula di berada di tempat D sejauh 75 km dari tempat A dan pada akhir waktu kerja di berada semula di tempat A iaitu pada jam 6 ptg. Soalannya ialah dia selalunya menjamakkan sembahyangnya, samada Jamak Takdim atau Takhir.Sahkah sembahyangnya? Bolehkah dijamakkan sedemikian jika memang rutin kerjanya begitu setiap hari? |
Jawapan |
Antara syarat-syarat diharuskan Solat Jamak dan Qasar ialah berniat untuk musafir yang melebihi 2 marhalah (><92 KM) satu hala. Merujuk kepada persoalan di atas tidak boleh menjamakkan solatnya berdasarkan jarak dari rumah ke pejabat yang hanya 60 KM. Apabila dia keluar dari tempat kerjanya (A) melebihi jarak 2 marhalah sehala maka bolehlah dia menjamak dan menqasarkan solat tersebut. Sebagai makluman walaupun jarak perjalanan itu melebihi 2 marhalah setiap hari secara rutin, sedangkan dia masih dalam lingkungan tempat kerjanya kurang daripada yang diharuskan syarak maka dia tidak diharuskan menjamak dan menqasarkan solatnya. |
Soalan |
| Saya bercadang ingin mengecat dengan warna putih di batu nesan kubur arwah ayah saya. apakah hukumnya, jika saya mengecat batu nesan. maksud saya adakah menjadi kesalahan di sisi agama. |
Jawapan |
| Hukum mengecat batu nisan kubur si matidengan warna putih adalah harus dengan syarat bukan tujuan untuk perkara-perkara yang dilarang oleh syara' seperti untuk pemujaan, perjudian dan sebagainya. |
Soalan |
| Assalamualaikum, Apakah adap-adap menziarahi kubur,baru-baru ini saya ada menziarahi pusara mertua saya,saya membaca surah Yaasin mengadap ke muka aruah ataupun mengadap kearah Matahari terbit.Ada orang tegur saya mengatakan kalau nak baca Apa-apa surah kena mengadap Qiblat atau duduk di belakang Aruah,tapi ada orang mengatakan sebaliknya.Keliru saya dibuatnya. |
Jawapan |
| Wa'alaikumussalam w.b.t. Di antara adab-adab penziarah kubur adalah seperti berikut: 1. Penziarah memberi salam (hukum sunat) kepada ahli kubur ketika masuk kawasan kubur dengan maksud: "Selamat sejahtera kepada penduduk perkampungan ini dari golongan mukminin & muslimin. Semoga Allah merahmati orang yang terdahulu dan yang kemudian. Sesungguhnya kami, insya'Allah akan bertemu dengan kamu". Memberi salam ke arah muka arwah si mati iaitu dengan membelakangi arah kiblat. 2. Penziarah memohon kepada Allah S.W.T. Semoga diampunkan dosa-dosa arwah si mati disamping tidak lupa mendoakan diri sendiri. Pada ketika berdoa penziarah menghadap kiblat. 3. Penziarah membaca ayat-ayat suci al-Quran al-karim atau berzikir atau bertahlil dengan niat menghadiahkan pahala bacaan tersebut ke atas arwah si mati. Walau bagaimanapun bacaan ini tidak semestinya di kubur tertentu sahaja. 4. Penziarah berpakaian menutup aurat. 5. Penziarah tidak mengeji, mencaci atau memburuk-burukkan akhlak orang Islam Khususnya ahli-ahli kubur. 6. Orang yang menziarahi kubur dilarang memekik, melolong atau meratapi si mati ketika kematian dan menyelenggarakan jenazah. 7. Penziarah boleh duduk dan boleh berdiri semasa berada di atas tanah perkuburan sama ada semata-mata untuk berziarah atau pada ketika berdoa. 8. Penziarah dilarang mengucup dan menjabat kubur si mati. |
Soalan |
| as'kum ustaz. 1. saya ingin b'tanya tentang saudara baru yg b'kahwin dgn wanita islam. mereka nikah di masjid, dlm masa yg sama saudara baru itu belum b'khatan ( lelaki ). apakah hukumnya? 2. mereka skrng ni mempunyai 2 org anak. masalahnya sekarang anak-anak dia mesti ada nama cinanya ( cth : amylia u yi ling ) dan setiap anak semuanya mesti ada nama cinanya. saya nak tahu apakah hukumnya sebab dia masih mengikuti & masih mengikuti kepercayaannya agama yg mereka anuti dulu. apakah hukumnya |
Jawapan |
| Wa'alaikumussalam w.b.t. i- Hukum saudara baru lelaki yang belum berkhatan bernikah dengan wanita Islam adalah sah apabila sempurna rukun-rukun nikahnya. Hukum berkhatan bagi lelaki Islam adalah wajib menurut mazhab Syafi'e. ii- Tanggungjawab ibu-bapa setelah mendapat anak, seelok-eloknya menamakan anak-dengan nama-nama yang mempunyai makna atau maksud yang baik-baik. Semoga dengan nama yang baik itu memberi dorongan kepada anak untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Bagi saudara baru yang ingin mengekalkan nama asal keturunan mereka tidaklah menjadi kesalahan. Walau bagaimanapun menamakan diri saudara baru dan anak-anak dengan nama-nama pilihan dalam Islam amatlah digalakkan kerana nama diri semasa hidup di dunia dahulu seseorang akan dipanggil untuk dihisab amalannya di akhirat kelak. iii- Bagi seseorang yang telah memeluk Islam maka dia berkewajipan untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain. Sekiranya dia tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan memahami hal-hal yanbg berkaitan dengan amalan-amalan dan tuntutan syariah Islamiah maka dia dihukum berdosa. Saudara baru juga dinasihatkan supaya mengubah cara hidup sebelum Islam kepada mengamalkan cara hidup Islam kerana dibimbangi perbuatan tersebut boleh menjejaskan keimannya dari segi akidah, syariah dan akhlak. Dari sudut akidah. keimanan seseorang boleh terpesong dan termasuk dalam golongan syirik sekiranya amalan dan perbuatan sesorang Islam yang menyembah selain daripada Allah S.W.T Dari sudut syariah, amalan sesoang boleh dianggap terjerumus dalam kehinaan dan dosa sekiranya dia melakukan sesuatu yang menyimpangdari hukum-hakam yang ditetapkan. Dari sudut akhlak, setiap amalan dan perbuatan seseorang yang bertentangan dengan akhlak Islamiah maka dia dihukum berdosa. |
Soalan |
| assalamualaikum... 1.apa hukum bg prmpuan yg mmbaca ayat al-quran dalam keadaan uzur?adakah ini mrupakn dosa? 2.apa hukum kalau seorg prmpuan yg uzur mmbca ayat al-quran dgn niat brzikir. |
Jawapan |
| Wa'alaikumussalam W.B.T i- Hukum perempuan yang uzur atau dalam keadaan haid, nifas atau wiladah adalah haram dan berdosa baginya membaca sebarang ayat suci al-Quran al-karim kecuali sekadar bacaan "Bismillahirarraahmanirrahim" dengan berniat berzikir. |






