KEMUSYKILAN AGAMA

Sinar FM membawa kepada anda kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam ruangan Kemusykilan Agama di laman web Sinar FM.


Jika anda mempunyai apa-apa permasalahan berkaitan soal-jawab agama atau isu-isu semasa, hantarkan soalan-soalan anda untuk dijawab oleh panel yang berwibawa.


 
Soalan
asalamualaikum?
betulkah selepas 15 syaaban kita tidak dibenarkan berpuasa sunat kerana untuk persediaan berpuasa dibulan ramadhan? setahu sy dalam bulan syaaban kita disunnatkan berpuasa 3 hari di awal ramadhan, 3 hari dipertengahan dan 3 hari di penghujung bulan.
Jawapan
Wa'Alaikumussalam w.b.t. Sesetengah golongan ulamak berpendapat adalah makruh berpuasa pada hari selepas 15 Syaaban. Manakala ulamak Mazhab Syafie berpendapat tidak sah berpuasa pada hari setengah akhir bulan Syaaban. Di antara satu sunnah kepada kita bagi puasa sunat setiap bulan ialah pada tiga hari malam bulan terang sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.: Apabila kamu mahu berpuasa tiga hari dalam sebulan, pilih hari ke 13,14 dan 15.
 
Soalan
Sahkah seseorang lelaki atau perempuan mengambil air sembahyang dengan hanya memakai kain tuala bagi lelaki diikat dipinggang dan perempuan diikat didada.
Jawapan
Hukum mengambil wudhu' dengan keadaan mendedahkan aurat adalah makruh tetapi wudhu' sah jika sempurna syarat dan rukun-rukunnya.
 
Soalan
Assalamualaikum...
ustaz..saya dah lama menyimpan hal ini tapi tidak tahu pada siapa harus saya ceritakan hinggalah saya dapat ruangan ini menyediakan khidmat ini!
sebenarnya begini saya ada mengenali seorang lelaki tetapi lelaki tersebut sudah berkawin dan mempunyai anak 2,apa yang menjadi masalahnya sekarang nie lelaki tersebut memang sudah lama tidak tinggal dengan pasangannya tadi dan anak-anak mereka ibu kepada lelaki tersebut yang menjaganya!
kini sudah hampir 4 tahun kami berkawan dan kami ingin berkawin tapi apa masalahnya dia belum menceraikan isterinya dan dia tidak tahu macam mana hendak melakukan kerana dulu mereka berkawin di sempadan dan tidak mendaftar di malaysia,jadi adakah perlu mereka ke sana semula untuk melakukan proses penceraian?
kini apabila keluarag dapat tahu mereka tidak merestui hubungan kami jadi apa yang perlu kami lakukan agar kami dapat berkawin secara elok dan tidak mengunakan cara yang bodoh?
Jawapan
Wa'Alaikumussalam w.b.t.Setiap perkahwinan bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.,Kesejahteraan,kedamaian,keten
teraman dan seumpamanya.Justeru syarat-syarat dan rukun-rukun
perkahwinan hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya sebelum sesuatu akad diteruskan.Sebaliknya jika perkara-perkara tersebut diabaikan maka permasalahan kepada pasangan pasti akan ditemui.Perkahwinan di luar Malaysia boleh didaftarkan di Mahkamah Syari'ah berhampiran tempat tinggal pasangan. Sebelum anda meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan calon suami,anda juga dinasihatkan agar mendapat khidmat nasihat daripada pihak Mahkamah Syari'ah berhampiran.
 
Soalan
ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYE SUAMI MELAFAZKAN KATA KATA SEPERTI BERIKUT: "Mampus la engkau", "Lantak la engkau", " Peduli ape aku dengan engkau", "Kau menyusahkan aku","baik engkau balik rumah mak engkau","Perempuan lain lagi elok dari engkau", "Jangan harap aku hendak balik rumah lagi" dan sebagainye?
Jawapan
Seorang suami sepatutnya mengeluarkan ungkapan dan kata-kata yang baik terhadap isterinya dan hendaklah memberikan nasihat yang sesuai dengan tingkah laku buruk isterinya.Merujuk kepada kata-kata suami"Baik engkau balik rumah mak engkau" dan"Jangan harap aku hendak balik rumah lagi"adalah temasuk dalam lafaz kinayah(sindiran)dan bukan lafaz yang soreh(terang).Oleh yang demikian memerlukan kepada niat.Jika suami berniat kata-kata itu dengan talak maka jatuh talak demikian jika sebaliknya.Untuk memastikan status perkahwinan tersebut anda dinasihatkan berhubung dengan Mahkamah Syari'ah yang berhampiran.
 
Soalan
ape hukum air mani
aperkah najis atau tidak
boleh kah pakaian yg ade kesan air mani boleh dibawa sembahyang
Jawapan
Hukum air mani adalah tidak najis dan pakaian yang ada kesan air mani sebaik-baiknya hendaklah dibersihkan dahulu sebelum dipakai untuk sembahyang kerana dibimbangi pakaian tersebut juga bercampur air mazi yang dihukumkan najis dan boleh menghalang daripada sahnya sembahyang.
 
Soalan
Assalamualaikum,
Di sini saya ingin bertanya, apakah hukum nya saya menggunakan ayat-ayat Al-Quran di dalam telefon bimbit kerana secara tidak langsung telefon berkenaan di bawa masuk ke dalam tandas?

Bagaimana pula dengan Al-Quran di dalam cd,apakah hukumnya pula jika ia dibawa masuk ke tempat kotor, terpijak atau sebagainya?
Jawapan
Wa'Alaikumussalam w.b.t. Pengguna cakera optik VCD,paparan skrin telefon bimbit,Braille dan seumpamanya yang mengandungi ayat-ayat
suci alQuran adalah dilarang dan tidak boleh membawa ke tempat-
tempat yang boleh mencemar dan menjijikkan seperti tandas. Jika
pengguna peralatan tesebut dengan sengaja membawa masuk ke tempat
kotor/jijik,memijak dan sebagainya dengan niat untuk menghina alQuran maka hukumnya haram dan berdosa ke atasnya. Pengguna dinasihatkan matikan line telefon bimbitnya sebelum memasuki tandas.
 

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB