UTAMA »
Sinar Blog
Yea...yea...cuti sekolah datang lagi
Dihantar Oleh SHIDA
Publish Date : 24-Nov-2009
Bila cuti sekolah hujung tahun menjelma, ingat la jugak zaman persekolahan aku dulu. Datangnya cuti sekolah di hujung tahun, maka selamat tinggallah kelasku sepanjang tahun itu dan tak sabar rasanya nak memulakan sessi persekolahan baru untuk tahun baru....ada cikgu baru.....kawan baru(kalau ada rombakan kelas)......
Berbalik pasal cuti sekolah, aku ingat lagi, tertanya-tanya, dimanakah destinasi percutian yg akan di tuju? dulu, mak abah yang akan merancang untuk kita, tapi, sekarang sebaliknya. Anank-anak yang merancang untuk memilih destinasi percutian pilihan....itu lah zaman dah berubah.
Lagi satu, yang paling aku ingat, setiap kali cuti sekolah, mesti kena hantar balik ke kampung.....jadi, dengan berat hati, diturutkan juga. Sekarang, perkara nie dah jarang berlaku kot. cuti sekolah, anak-anak lebih suka menghabiskan masa di rumah saja.Yer la...sekarang dah ada internet, permainan video dan macam-macam di rumah....budak-budak pun dah tak mahu keluar rumah sebab segala-galanya dah ada di rumah....
Yang paling aku ingat, syok sangat cuti sekolah sebab boleh bangun lambat...hihihihi.
Tapi, itu semua dah berlalu.....hanya tinggal kenangan yang aku anggap sungguh indah........
Be the first to comment!
Dilihat:








