UTAMA »

Sinar Blog

SAYANGI IBUBAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA

Dihantar Oleh KRILL

Assalammualaikum semua,

Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi ni, jadi bagaimana prestasi puasa kita tahun ni? Mudah-mudahan puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas-lepas, Insya Allah. Hai, sedih pulak rasanya bila mengenangkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini bakal meninggalkan kita. Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan, Insya Allah.

Bulan puasa tahun ni sempat la berbuka puasa dengan pakcik dan makcik dari sebuah rumah orang-orang tua di Damansara yang kami raikan di Sg. Wang Plaza. Kesian tengok wajah pakcik makcik ni, walaupun mereka nampak gembira, tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Mana la perginya anak-anak diorang ni. Tergamak sungguh mereka menyisihkan ibu dan bapa yang melahir dan membesarkan mereka. Tak teringatkah mereka kepada ibubapa mereka? Tak patut sungguh. Semoga kita dijauhkan dari sikap manusia kacang lupakan kulit ini. Orang kata, kengkadang tu perkara tak elok yang kita buat pada orang akan kena balik kat kita. Jadi selalu lah ingat jasa kedua ibubapa kita. Sesungguhnya seumur hidup kita pun takkan terbalas jasa-jasa mereka. Sayangilah ibubapa kita selagi mereka masih ada. Saya percaya anda semua tergolong dalam golongan anak-anak yang sayangkan orang tua.

Baru-baru ni pulak, dapatlah berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Darul Ummah (¡­takde gambar sebab masa tu saya jadi MC untuk majlis tu, jadi takde sape yang nak tolong petikkan kamera N82 saya ni, jadi bayangkan, k¡­?). Kesian adik-adik tu, apalah makna Hari Raya bagi mereka tanpa ibubapa. Mereka menjadi tetamu untuk satu majlis berbuka puasa anjuran restoran nasi ayam terkenal rakan saya di Ampang Point (¡­moga bertambah-tambah rezki kawan saya tu, dan bertambah lagi cawangan restorannya). Alhamdulillah, pada malam tu ramailah para penderma budiman yang menghulurkan bantuan kepada rumah anak-anak yatim Darul Ummah tersebut. Diharap sumbangan barangan keperluan dan duit raya tu dapatlah menceriakan mereka di hari lebaran nanti. Saya secara peribadi amat senang bila berada disamping anak-anak yatim. Sebab dalam keluarga saya pun, dah ada yang yatim. Ayah saya telah menjadi yatim sejak kecil lagi apabila ayahnya (datuk saya) meninggal dunia. Kehilangan tempat bergantung dan atas faktor kesempitan hidup menyebabkan ayah terpaksa tinggal dan dibela oleh keluarga angkat di Port Dickson sehingga besar dan menjadi anggota tentera. Isteri saya juga merupakan anak yatim. Ayahnya meninggal dunia akibat sakit jantung ketika umurnya 16 tahun. Oleh kerana isteri saya merupakan anak sulung, maka tanggungjawab keluarga terjatuh di bahunya untuk membesar dan menyekolahkan adik-adiknya yang lain. Selepas saja SPM, isteri saya terus bekerja sebagai pramugari MAS untuk menyara ibu dan adik-adiknya. Begitulah betapa sinonimnya anak yatim dalam kehidupan saya. Dan ketahuilah, bahawa satu hari nanti, kita semua akan menjadi yatim¡­!

Itu lah situasi dua golongan yang sempat saya dampingi bulan puasa tahun ni. Satu di sisih oleh anak-anak kandung sendiri dan satu lagi tidak merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi dengan kedatangan 1 Syawal ini sama sama lah kita menginsafi bahawa sesusah mana pun kita, pasti ada orang yang lebih susah lagi. Janganlah cepat mengeluh atau tak puas hati dengan sesuatu, ¡®take it easy¡¯ orang kata..

Di kesempatan ini saya bagi pihak keluarga saya ingin memohon ampun dan maaf zahir batin jika ada perkataan saya semasa bertugas yang menyinggung perasaan anda, ataupun tanpa disedari ter ¡¯tak perasan¡¯ anda menegur saya ketika bersua. Kalau berjumpa lagi, tegur-tegurlah ya¡­! Jaga keselamatan anda dan keluarga di jalanraya dan saya doakan anda selamat sampai ke kampong halaman. Kami krew sinar pagi akan mula cuti raya seminggu dari Isnin 29hb Sept hingga 5hb Okt. Insya Allah kami akan kembali ke udara pada jam 6 pagi 6hb Oktober.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin¡­

KHAIRIL RASHID

 

 

IMG_1621

Dihantar Oleh KRILL

 

 

 

 

IMG_1612

Dihantar Oleh KRILL

 

 

 

 


Dilihat:
19942 Visitors19942 Visitors19942 Visitors19942 Visitors19942 Visitors

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB